BPE Malaysia Merupakan agensi Khidmat Nasihat dan bimbingan kaunseling Hala Tuju Pelajar lepasan SPM & STPM yang berpengalaman lebih daripada 15 tahun. Bergiat aktif membantu para pelajar di Sabah, Sarawak bagi tujuan pemilihan program dan kerjaya yang berpotensi sesuai dengan keadaan pasaran kerjaya masa kini. Telah melahirkan lebih 10,000 graduan pelbagai bidang dan bekerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Berjaya melahirkan lebih 600 usahawan pelbagai bidang dan membantu graduan mencapai cita-cita dan impian mereka.
BPE MALAYSIA ditubuhkan pada Mac 2007 dan terus menjadi peneraju kepada pembangunan modal insan melalui program “Jelajah pendidikan Bumiputera” di Sabah, Sarawak dan Malaysia amnya.
Menjadi syarikat pemangkin Pembentukan Insan terutamanya bagi masyarakat Negeri Sabah dalam perspektif dan kerjaya.
Pembangunan Modal Insan : Memberikan latihan dan peluang kepada masyarakat dalam aspek pendidikan, kerjaya dan perniagaan serta menjadi usahawan.
Instituisi Pengajian Tinggi : Menawarkan program pendidikan yang akan melatih serta mengubah pelajar daripada graduan berminda berkerja kepada Usahawan.
Kerjaya, Perniagaan dan Keusahawanan : Melahirkan modal insan yang berkualiti, berdaya saing serta inovatif dalam mencipta kerjaya sendiri.
Pemimpin Masa Hadapan : Melatih setiap rakan dalam organisasi untuk menjadi pemimpin yang menepati keperluan semasa instituisi kenegaraan.
Bertindak sebagai medium dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri pada masa kini
Menjadi agensi yang bergiat aktif dalam dunia penerokaan "research" terhadap bidang-bidang baru yang berpotensi besar untuk dimajukan khasnya di negeri Sabah.
Bertindak menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan melalui penawaran peluang-peluang pendidikan dan kemahiran yang berpotensi tinggi di pasaran kerjaya.
Bertindak sebagai penasihat dalam bidang pendidikan kepada Instituisi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Menjadi penasihat hala tuju pendidikan kepada pelajar lepasan SPM/STPM.
Bergerak sebagai penasihat kepada agensi berkepentingan dalam objektif untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi serta berdaya saing.
Menjadi Panduan Kepada IPT untuk melahirkan graduan bagi program yang berpeluang kerjaya tinggi.