Pendaftaran kini dibuka untuk SESI JULAI 2021 Daftar Sekarang
  • Kategori Hospitaliti dan Gaya Hidup
  • MQA/KPT MQA FA3717
  • Tempoh 3 Tahun 6 Semester
  • Mod Program Sepenuh Masa
    Separuh Masa

Pengenalan Program

       Pendidikan Awal Kanak-Kanak(PAKK) adalah program berkualiti tinggi yang direka khas untuk kanakkanak sejak mereka lahir lagi dan lebih dikenali sebagai pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Awal Kanak-Kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga ke tahap umur lapan tahun. Pendidikan Kanak-Kanak menggunakan istilah awal kanak-kanak iaitu ‘Early Childhood’ dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai ‘Early Childhood Education’.

       Di Malaysia,PAKK adalah asas yang penting kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah, yang mana ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit akan ilmu pengetahuan.PAKK menggunakan istilah prasekolah, taska, tadika dan tabika yang melibatkan kanak-kanak berumur di bawah enam tahun.

        Kanak-kanak di peringkat usia ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dalam suasana pembelajaran yang sesuai dengan usia meraka kerana ‘kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warni kehidupan’ agar mereka mampu menjadi pelapis kepada generasi negara dan bersedia untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang.

Maklumat Program

Syarat Kelayakan

SPM /SPMV
  • Lulus dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
STAM
  • Lulus dengan peringkat "Maqbul"; ATAU
STPM
  • Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU
O - Level
  • Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
SIJIL
  • Lulus Unified Examination Certificate (UEC) dengan sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Dapatkan Sijil (MQF tahap 3) dalam bidang yang berkaitan dari PPT yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan sekurang-kurangnya 2.00 PNGK minimum; ATAU
  • Lulus SKM tahap 3 dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak / Pra Sekolah DAN Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; ATAU

Sebarang kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Silibus Program

 Tahun Pertama

  • Pengenalan Pertumbuhan & Perkembangan Kanak-kanak
  • Isu & Dasar di Awal Kanak-kanak
  • Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Prinsip & Amalan Awal Kanak-kanak
  • **

Tahun Kedua

  • Pengalaman kreatif untuk Anak Muda
  • Hubungan Anak Dewasa
  • Kesihatan, Keselamatan & Pemakanan Kanak-kanak
  • Pentadbiran dalam Program Penjagaan Kanak-kanak
  • Pembangunan & Penjagaan Bayi & Kanak-kanak
  • ***

Tahun Ketiga

  • Latihan Industri
  • ***

Peluang Perkerjaan

✔️ Guru di Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

✔️ Guru di Tabika KEMAS.

✔️ Guru di Tadika Perpaduan dan agensi awam lain. 

✔️ Guru di Tadika Swasta.

✔️ Mengusahakan Taska Persendirian dengan adanya Sijil Kursus Asuhan Permata (KAP). 

✔️ Guru/Penasihat/Pakar Kaunseling dan Psikologi untuk mendidik ibubapa secara online/melalui platform Youtube.

✔️ Pegawai Penyelidik Pendidikan awal kanak-kanak.

✔️ Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

✔️ Pembantu Guru Tadika.

✔️ Penerbit Bahan untuk Kanak-Kanak (Video, Animasi dan Buku).

Lanjutan Pengajian

  • Ijazah Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Mengapa Memilih Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak?


KELEBIHAN LAIN PROGRAM INI?


MENGAPA MEMILIH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK?

  1. Pendedahan Pendidikan Kanak-Kanak.
    Pelajar didedahkan dengan ilmu mengenai kanak-kanak berkaitan dengan persekitaran serta perkembangan mereka dan ianya bukan sekadar teori malah pelajar juga akan mempraktikan apa yang mereka pelajari dengan adanya program praktikal setiap semester. Hal ini demikian kerana untuk membantu pelajar mengetahui bagaimana mengendali situasi diluar jangkaan sekiranya berlaku kepada kanak-kanak serta menyelami isi hati mereka. Oleh itu, pelajar memerlukan imaginasi, fizikal, emosi, jasmani, rohani dan intelektual yang jitu dan kuat sebagai persediaan sebelum bergelar pendidik.
  2. Pendedahan Teknik Keibubapaan.
    Pelajar diberi fahaman secara terperinci dan luas mengenai ‘Parenting Skills’. Dalam pengendalian kanak-kanak antaranya ialah seperti sukatan susu, apa yang perlu dilakukan apabila bayi meningkat usia, bagaimana mendidik bayi dan kanak-kanak dengan betul dan membentuk mereka menjadi kanak-kanak yang sihat dan ceria. Hal ini demikian kerana supaya pelajar dapat membantu membentuk seorang anak menjadi kanak-kanak yang positif. Hal ini sekaligus dapat membantu mencegah kes penderaan kanak-kanak daripada terus berlaku kerana lahirnya lebih banyak insan penyayang berbanding pendera apabila mereka tahu mengenai ‘Parenting Skills’ tersebut
  3. Ilmu Perniagaan Bidang Keibubapaan dan Penjagaan Kanak-Kanak
    Pelajar juga akan diajar mengenai perniagaan yang mana mereka tidak perlu menumpukan fokus mereka untuk menjadi guru sahaja di sesebuah tadika, tabika KEMAS ataupun taska tetapi mereka boleh menjadi Penasihat atau Pakar Kaunseling mengenai kanak-kanak secara ‘online’ melalui platform Youtube yang boleh membantu menjana pendapatan, dan menjadi majikan di tadika yang dibuka sendiri yang berkaitan dengan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana ia membantu membuka minda seseorang pelajar untuk sentiasa berfikir di luar kotak selaras dengan zaman globalisasi ini yang mana, para graduan digalakkan untuk mencipta peluang pekerjaan sendiri sekiranya tidak mendapat tawaran kerja untuk mengurangkan kes pengangguran di Malaysia.

Berita Berkaitan

Gambar & InfoGrafik

KLIK BUTANG KLIK DI BAWAH SEKARANG UNTUK MEMOHON
arrow
klik button