Pengenalan Program
Diploma dalam Pentadbiran Perniagaan secara Online Distance Learning (ODL) secara amnya, membuka peluang kepada individu yang ingin melanjutkan pengajian tanpa mengira usia dan memberi kesempatan untuk melanjutkan pelajaran untuk memperolehi kelayakan yang diingini. Ini sekaligus dapat melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional dalam pelbagai sektor seperti perniagaan, teknologi dan maklumat untuk memenuhi permintaan dengan kelayakan dalam pasaran sektor swasta dan kerajaan.
Diploma Pentadbiran Perniagaan juga diperkayakan dengan pembangunan kerjaya dalam bidang Pentadbiran, Sumber Manusia, Perakaunan dan Kewangan serta Pemasaran dan Pengurusan. Program ini mempersiapkan pelajar secara menyeluruh sebelum sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan pengurusan. Program ini direka untuk memberi pendekatan kepada pelajar tentang kemahirankemahiran dalam menguruskan perniagaan yang sentiasa berubah dan berkembang mengikut peredaran masa.
Dalam program ini, pelajar akan lebih sentiasa peka dan bersedia memenuhi keperluan dalam pelbagai bidang.Pelajar akan dipersiapkan dengan pengetahuan secara teori dan praktikal dalam pentadbiran perniagaan serta mempersiapkan pelajar dari segala aspek untuk memulakan karier ataupun untuk melanjutkan lagi pengajian dalam mana-mana bidang yang diceburi