Pengenalan Program
Setiap perniagaan ataupun pertubuhan yang ada di dunia semuanya akan berlandaskan tentang seberapa hebatnya mereka menguruskan sumber kewangan mereka yang terhad namun mencukupi untuk kesemua keperluan. Oleh itu, seorang yang berpengalaman dalam bidang perakaunan sangat tinggi permintaannya. Kami menyahut cabaran tersebut dengan menyediakan program perakaunan ini kepada para pelajar yang mempunyai kelayakan.
Pelajar yang mengambil program Diploma Perakaunan ini akan diberi pengetahuan bermula dengan asas di dalam bidang ini. Sebagai contoh, asas-asas dalam menguruskan kewangan. Pelajar juga diberikan pengetahuan yang diperlukan di dalam bidang ini. Sebagai contoh, mereka akan diberikan latihan bagaimana cara yang sebaik-baiknya mengurus keluar masuk kewangan. Pada tahun akhir, pelajar juga diwajibkan untuk menjalani latihan secara praktikal. Inilah masa dimana mereka bukan sahaja belajar secara teori namun akan belajar secara mempraktikkan apa yang telah mereka belajar sepanjang tempoh pengajian mereka.