Pengenalan Program
Program Ijazah Sarjana Muda Riadah dan Pelancongan menyediakan asas yang kukuh dalam teori dan praktikal dalam industri pelancongan dan riadah. Pelancongan adalah industri yang paling pesat berkembang dalam dunia perniagaan. Oleh itu, program ini bertanggungjawab mempersiapkan pelajar dari pelbagai sudut untuk menghasilkan graduan yang berdaya saing dalam industri pelancongan dan riadah.
Tambahan pula, industri pelancongan memainkan peranan besar dalam membangunkan ekonomi sesuatu negara. Oleh yang demikian industri pelancongan akan menjadi industri yang dipandang serius sempena post-pandemic untuk memulihkan ekonomi dunia dan negara khususnya dan akan menjadi satu lubuk perniagaan, keusahawanan dan kerjaya yang mempunyai permintaan tinggi dari segenap segi dalam industri ini. Dalam program ini, pelajar akan mempelajari asas pelancongan dan riadah termasuk tema universal seperti pemasaran, pengurusan strategik dalam industri riadah dan pelancongan, bahasa asing, pengurusan kewangan dan pengurusan projek.
Secara keseluruhannya, pelajar mempunyai cabang kerjaya yang luas, sesuai dengan minat mereka sekaligus mempersiapkan mereka untuk maju dan berdaya saing dalam persekitaran global pelancongan yang pesat. Sebagai pelengkap, projek tahun akhir dan latihan industri yang disediakan kepada pelajar khusus untuk mereka yang menghubungkan pelajar secara langsung kepada industri riadah dan pelancongan dalam dan luar negara sebagai pendekatan secara praktikal yang mana pelajar bukan hanya mempelajari secara teori semata- mata.