Kota Kinabalu : Berdasarkan berita Utusan borneo, Pelajar berasal dari sabah yang ingin melanjutkan pelajaran boleh memohon Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI)sebanyak RM2,000 secara One-Off.
Syarat Kelayakan adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah.
- Berumur tidak lebih 25 tahun.
- Melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda sahaja.
- Ibubapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- Tidak Menerima Tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau tajaan dari universiti.
- IPT/IPTS diiktiraf oleh Kerajaan.
- Pengesahan kemasukan ke IPT/IPTS.